Friday 19 July 2013

MINGGU NI.....

Minggu ni, dah masuk minggu ke 9 aku berada di Universiti Teknologi Petronas

Dah banyak aku pelajari di sini,
Kisah suka dan duka pun aku pernah alami.
Aku pernah suatu hari tu nangis sebab aku rasa sunyi di sini.
Apa-apa pun, semua itu adalah kehendak Allah S.W.T,sekiranya aku mengeluh,maka aku telah mendustakan nikmat Allah yang sangat berharga.

Pada 14 Julai 2013,
pengalaman indah apabila aku berpeluang untuk bersama-sama rakan melawat rumah anak-anak yatim Nurul Iman di Kamunting Perak.

Dipendekkan cerita, kami tiba di sana dan mula melakukan tugas masing-masing. Aku dapat tugas mencuci tandas. yeay. Seperti biasa, aku akan memilih untuk melakukan kerja-kerja di belaking tabir, jadi sepanjang program kami,aku jarang berkenal dengan adik-adik di situ.

Program penutupan itu pun bermula,
Aku bersyukur kerana aku dapat juga melawat rumah anak-anak yatim.
"begitu mudah kita lupa siapa kita kan..betul tak?"
program malam itu dimulakan dengan majlis berbuka puasa,
kami memakan kurma dan kemudiannya solat maghrib.
Kemudian, kami mula menjamu selera.

Kebetulan pada hari ini, **** ada keluar, jalan-jalan di bandar Kuala Lumpur, setelah mereka terperap di dalam Universiti jak.

Waktu kami makan, 3 orang adik iaitu adik haiqal,hakim dan seorang lagi,lupa nama beliau...join kami makan.
Sempat juga berbual dengan Hakim walaupun ni seorang yang pendiam. mungkin mereka penat.

Perjalanan Pulang
Aku duduk sebelah Hakim semasa perjalanan pulang menaiki bas UTP. hehe. aku sempat bagi pinjam Jaket feeldino kepada dia(udara dalam bas sangat sejuk). Dalam perjalanan aku sempat bebual dengan Hakim,dan aku beri dia sebuah buku yang bertajuk Smart Heart.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...